Pusat gempa bumi itu berlaku kira-kira 60km barat daya bandar Padang di Sumatera dan 452km barat daya Melaka.
Jabatan Meteorologi sedang memantau keadaan dengan rapi, lapor Bernama.
Di sekitar Lembah Klang, orang ramai kelihatan bergegas keluar daripada pejabat dan bangunan tinggi ekoran gegaran itu.
Agensi berita Reuters melaporkan gempa bumi itu berukuran 7.9 skala Richter dan amaran tsunami telah dikeluarkan oleh Pusat Tsunami Pasifik.
Di Medan, ratusan penduduk keluar meninggalkan rumah dan bangunan kerana bimbang berlaku keruntuhan bangunan ekoran gegaran yang kuat itu.
Manakala Kompas.com pula melaporkan warga Kota Jambi dan sekitarnya juga merasakan goncangan gempa yang berpusat di Pariaman, Sumbar, itu.
Gegaran itu menyebabkan warga Kota Jambi berlari keluar rumah untuk menyelamatkan diri.
Setakat ini belum ada maklumat mengenai kerosakan akibat gempa bumi itu yang turut dirasai di kabupaten di Jambi, Bengkulu, dan Aceh.
Sementara itu, Bernama melaporkan, seramai 330 pelajar Malaysia di Padang, umatera dilaporkan selamat selepas kejadian gempa bumi yang berlaku berhampiran andar itu, demikian disahkan oleh Jabatan Penuntut Malaysia di Jakarta.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa bumi berskala 7.7 Richter
berlaku di selatan Sumatera pukul 6.16 petang menyebabkan gegaran turut dirasai di beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia.
Gempa bumi itu berlaku kira-kira 60km barat daya bandar Padang di Sumatera dan 452km barat daya Melaka.
Sementara itu, Pusat Tsunami Pasifik telah menarik balik amaran tsunami yang dikeluarkan selepas gempa bumi itu. SUMBER MALAYSIAKINI
No comments:
Post a Comment