w3Lc0m3


Monday, November 2, 2009

Ahmad Yusof ketua jurulatih Kedah yang baru

ALOR SETAR: Bekas jurulatih Pahang, Ahmad Yusof dilantik menjadi ketua jurulatih Kedah, menggantikan Mohd Azraai Khor Abdullah, yang meletakkan jawatan bulan lalu.

Timbalan Presiden Persatuan Bola sepak Kedah (KFA), Datuk Syed Unan Masri Syed Abdullah, berkata pelantikan Ahmad, 49, berkuatkuasa hari ini.

Beliau berkata, Ahmad diberikan kontrak setahun bagi membimbing Kedah di Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia untuk musim depan. - Bernama

No comments: