w3Lc0m3


Blogger Graphics

Friday, October 30, 2009

kerajaan kna lh amek kesah glngan yg brpndapatan rndah..

KUALA LUMPUR: Kalangan pemilik kereta berusia tidak bersetuju dengan peraturan baru yang mewajibkan kenderaan penumpang berusia lebih 15 tahun menjalani pemeriksaan tahunan di Puspakom sebelum memperbaharui cukai jalan.

Mereka berpendapat ia membebankan golongan berpendapatan rendah yang tidak mampu membeli kenderaan lain atau membaik pulihnya jika kenderaan yang dibawa gagal melepasi tahap kelulusan Puspakom.

Selain itu, Puspakom dibimbangi tidak mempunyai kemampuan membuat pemeriksaan sehingga menyebabkan pelanggan menunggu lama di pusat pemeriksaan apabila peraturan baru itu dikuatkuasakan pada 1 Januari tahun depan.

Penghantar surat, Budiman Taib, 33, berkata prosedur itu merumitkan kerana jika kenderaan mempunyai masalah ketika pemeriksaan, semua urusan pembaharuan cukai jalan akan tergendala.

"Saya mempunyai kenderaan berusia dan ini membebankan kerana pemilik perlu menghantar kenderaan ke Puspakom dan menunggu lama untuk proses yang leceh itu," katanya yang memiliki Proton Wira berusia hampir 15 tahun.

Beliau juga berkata, selain itu, kos juga bertambah kerana Puspakom akan mengenakan caj untuk pemeriksaan.

Jurutera, Wan Khairuzaman Wan Nordin, 44, juga tidak setuju kerana ia akan membebankan golongan miskin yang memiliki kenderaan berusia lebih 15 tahun.

"Pemilik kenderaan seumpama ini kebanyakannya golongan berpendapatan rendah. Ia akan membebankan mereka apatah lagi membabitkan kos.

"Ia akan merumitkan prosedur permohonan cukai jalan kerana pemilik terpaksa menunggu untuk memastikan kenderaan melepasi pemeriksaan," katanya yang memiliki sebuah kereta Honda lama yang hampir berusia 15 tahun.

Eksekutif syarikat swasta, Mastura Mohd Sidek, 42, berkata peraturan itu akan menyukarkan golongan berpendapatan rendah terutama yang memiliki satu kenderaan.

"Kenderaan lama mesti ada masalah yang menyebabkan permohonan cukai jalan tertangguh dan seterusnya menyukarkan urusan seharian," katanya.

Wakil jualan, Raduan Basarudin, 46, berkata kerajaan perlu memastikan Puspakom meningkatkan kecekapan bagi mengelakkan peraturan baru itu menyusahkan orang ramai.

"Peraturan ini memang bagus bagi menjamin keselamatan, namun Puspakom perlu menaik taraf mutu perkhidmatan serta kecekapan supaya tidak menyusahkan pemilik yang terpaksa menunggu lama ketika kereta menjalani pemeriksaan," katanya.

Akhbar semalam melaporkan peraturan yang dianggar membabitkan kira-kira sejuta kenderaan, adalah antara 18 langkah baru dalam kajian semula Dasar Automotif Nasional (NAP) bagi meningkatkan daya saing industri automotif tempatan serta menawarkan kenderaan lebih selamat, mesra alam dan berteknologi tinggi.

Sementara itu, pelajar, Mohd Khairul Zakaria, 22, bersetuju kerana ia adalah untuk keselamatan pengguna jalan raya.

"Peraturan ini wajar kerana faktor keselamatan harus diutamakan. Kenderaan terlalu uzur bukan saja membahayakan pemandu, malah pengguna jalan raya lain," katanya.

No comments: