w3Lc0m3


Blogger Graphics

Sunday, August 29, 2010

Jejak ke final

BEREGU utama negara, Koo Kien Keat/Tan Boon Heong berjaya mara ke final Kejohanan Badminton Dunia 2010 di Paris semalam.

Selepas jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei tersingkir pada saingan suku akhir kelmarin, kini harapan menggunung seluruh peminat sukan tanah air diletakkan di bahu Kien Keat/Boon Heong bagi menggenggam gelaran dunia.

Untuk rekod, masih belum ada mana-mana pemain Malaysia berjaya muncul selaku juara dunia.

Justeru, ia merupakan peluang terbaik buat Kien Keat/Boon Heong untuk mencipta sejarah dalam arena sukan badminton tanah air sekiranya mereka mampu bergelar juara di bumi Paris.

Pada aksi separuh akhir semalam, Kien Keat/Boon Heong ternyata berada pada kelas tersendiri apabila mengenepikan saingan Guo Zhendong/Xu Chen dari China menerusi kemenangan straight set 21-14, 21-18 dalam tempoh 40 minit.

Kejayaan yang dilakarkan beregu No. 1 dunia itu sekali gus menyaksikan mereka menebus kekecewaan pada kejohanan yang sama di Hyderabad, India tahun lalu setelah terkandas di peringkat separuh akhir.

Pentas final hari ini juga bakal menjadi medan terbaik buat Kien Keat/Boon Heong membuktikan betapa mereka sememangnya layak menggalas status selaku beregu No. 1 dunia selepas dikecam hebat ekoran prestasi tidak menentu yang dipamerkan sebelum ini.


No comments: