w3Lc0m3


Friday, August 27, 2010

No. 1 dunia bungkus!

PEMAIN No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei tumbang di Paris.

Dia tewas kepada pemain Indonesia, Taufik Hidayat pada pusingan suku akhir Kejohanan Badminton Dunia yang berlangsung di Paris, Perancis.

Impian Chong Wei dimusnahkan dengan kekalahan 21-15, 11-21, 21-12 sekali gus gagal menemani beregu emas negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong yang berjaya melepasi halangan di suku akhir semalam.

Gandingan Kein Keat-Boon Heong terpaksa mengerah segala tenaga dan pengalaman untuk mara semalam bagi melepasi badi selama tiga tahun beregu Korea Selatan, Jung Jae Sung-Lee Yong Dae.

Beregu No. 1 dunia itu menang 23-25, 21-13, 21-14 dalam masa satu jam 12 minit.

Ini merupakan kemenangan kedua Koo-Tan ke atas beregu Korea Selatan itu daripada keseluruhan 10 rekod pertemuan mereka sejak tahun 2008.

Ia sekali gus menebus kekalahan beregu utama negara itu kepada beregu Korea Selatan tersebut pada separuh akhir Terbuka Taiwan awal bulan ini.

Kali terakhir Koo-Tan berjaya menewaskan Yong Dae-Jae Sung ialah pada pusingan akhir Grand Prix Terbuka Macau pada 2008 apabila menang 21-13, 21-14.

Sejak itu Koo-Tan tidak pernah menang setiap kali bertemu beregu Korea itu sehinggalah semalam. Bagaimanapun, Yong Dae-Jae Sung masih memegang rekod 8-2.

Di peringkat separuh akhir nanti, Koo-Tan akan menentang beregu pilihan keempat dari China, Guo Zhendong-Xu Chen yang sebelum ini menewaskan beregu pilihan kelapan dari Denmark, Lars Paaske-Jonas Rasmussen 21-16, 23-21.

No comments: