Nokia dan Microsoft telah pun mengumumkan kerjasama strategik mereka, dimana Nokia akan mula menggunakan Windows Phone 7 sebagai salah satu strategi telefon pintar mereka.
Selain daripada itu, Ovi Maps yang dibangunkan oleh Nokia juga akan dijadikan salah satu perkara teras dalam perkhidmatan peta Microsoft, dan akan diintegrasikan bersama-sama dengan Bing Maps. Pada masa yang sama, kedai aplikasi dan kandungan Nokia juga akan diintegrasikan bersama-sama dengan Microsoft Marketplace, sekaligus memudahkan para pengguna menggunakannya.
Seperti sedia maklum, Windows Phone masih lagi tidak digunakan dengan meluas pada masa kini, dimana pasaran dipegang oleh Android, iOS dan juga BlackBerry OS. Mungkin dengan kerjasama bersama-sama dengan Nokia, iaitu pengeluar telefon terkemuka di dunia, Windows Phone akan mendapat impak yang lebih besar dan meluas.
sumber : amanz
No comments:
Post a Comment