Penggodam siber yang dikenali dengan nama #hackercup2011 itu menyatakan dalam muka surat Zuckerberg di Facebook: "Mari mulakan penggodaman. Jika Facebook memerlukan wang, selain pergi ke bank, mengapa Facebook tidak membenarkan pengguna-penggunanya melabur dalam Facebook dalam satu bentuk sosial?
Kenapa tidak mengubah Facebook menjadi satu bisnes sosial, pendekatan yang digunakan oleh pemenang Anugerah Nobel, Muhammad Yunus."
Muhammad Yunus dari Bangladesh pernah memenangi Hadiah Nobel kerana dia menubuhkan Bank Grameen bagi memberi pinjaman kepada penduduk miskin.
Lebih 1,800 orang menyukai entri itu sebelum ia dipadamkan.
Pada Sabtu lepas, penggodam komputer turut menceroboh muka surat Facebook milik Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy dan menghantar mesej bahawa beliau akan berundur pada tahun depan. - Agensi
sumber : kosmo
No comments:
Post a Comment