w3Lc0m3


Friday, January 7, 2011

Beckham lelong Porsche kesayangan

LOS ANGELES: Di sebalik gosip mengaitkan David Beckham dengan kemunculan semulanya di Liga Perdana Inggeris tidak lama lagi, bekas kapten pasukan England itu dilaporkan menjual kereta Porsche kesayangannya melalui eBay, semalam.

Sejak dua tahun lalu, Beckham, 35, menggunakan Porsche 911 itu di sekitar Beverly Hills.


Ketika ini dia bermain untuk pasukan LA Galaxy di liga bola sepak utama di Amerika Syarikat.

Menurut sumber, ketika perpindahannya itu masih tergantung, Beckham memutuskan untuk menjual kereta yang dibeli pada harga RM 475,550 itu.


Selepas dimiliki pada 2008, Beckham menghabiskan lebih RM230,000 untuk mengubah suai kenderaan itu mengikut cita rasanya.


Dalam tempoh kurang dari sehari, bidaan untuk Porsche 911 itu mencecah RM333,000.

Peminat diberi masa sehingga 10 pagi 12 Januari untuk membida kereta berkenan.


Selain dilengkapi pelbagai kemasan mewah, kereta itu turut dihiasi nombor 23 - sempena jersi dipakai Beckham dalam pasukannya kini. - Agensi

No comments: