Penumpang kapal dapat mengawal peralatan hiburan dan suhu serta suasana di atas kapal, termasuk keadaan langsir dan lampu melalui sentuhan pada iPad, iaitu peranti keluaran syarikat teknologi Apple.
Kapten kapal akan memberikan sebuah iPad kepada setiap penumpang supaya perjalanan dapat disesuaikan dengan kehendak pelanggan melalui kawalan mereka sendiri.
Dengan bayaran sebanyak AS$850,000 (RM2.6 juta) untuk perjalanan selama seminggu, penumpang dapat menukarkan gimnasium di atas kapal menjadi lantai tarian, selain dimanjakan dengan mandian pancur aromaterapi.
Kapal layar mewah pertama yang menggunakan teknologi itu, Solemates, kini sedang membawa penumpang pertama, iaitu artis terkenal, P Diddy bersama keluarganya.
sumber : sinar harian
No comments:
Post a Comment