w3Lc0m3


Blogger Graphics

Sunday, January 9, 2011

Pertukaran kerajaan bantutkan projek Stesen Bas Sungai Petani

ha???msa bla plk ada stsen bas baru kt sg.petani??
dk tgk byk je bngunan yg dbngunkn MPSPK skrg kt sp..
lbey kurg 80% siap..tp ada stsen bas bru plk yg dkatakn psal prtukaran krjaan??
jgn la cmni...klu psal tukr krjaan xkn la bnguan2 len leh je mmbngun smpai arini kt sngai ptani..cmanya psal mslah stsen bas memg dri aku sdar wjudnye sp smpai skrg stil xda prubhan..xkn psal ubah krjaan kot..whatever la...yg pnting aku nk stsen bas bru..bruk sgt stsen bas sg.ptani..sdgkn sg.ptani ni ada org dri luar ckp ssuai bg status bndaraya cmpare ngn a.star..2 org luar dri kdah la ckp...hehe..
kta wait n see la..stu brita baik ni ada stsen bas bru..
nk g cri la nnt aku blik sne..kt mne la nk wt bngunan 2..hehe


KERAJAAN melalui Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) menggariskan langkah untuk memperbaiki perkhidmatan pengangkutan awam di bandar. Pelbagai cara dilakukan termasuk mewujudkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang bertanggungjawab memperbaiki taraf perkhidmatan pengangkutan.

Kerajaan PAS Kedah pula melaungkan slogan ‘Kedah Sejahtera’. Bagaimanapun, sebagai penduduk di bandar Sungai Petani, saya tidak berasakan perubahannya.
Di bandar yang pesat membangun ini keadaan Stesen Bas Sungai Petani masih lagi seperti 1960-an. Tidak berbumbung dan tiada tempat menunggu yang selesa. Sudah berpuluh tahun penduduk di bandar ini menggunakan kemudahan awam yang tidak seberapa.

Di manakah tanggungjawab pihak berkuasa seperti Majlis Perbandaran Sungai Petani, kerajaan Kedah dan kementerian yang sepatutnya? Adakah pada 2020 ketika negara mencapai status negara maju, pengguna perkhidmatan awam di Sungai Petani masih perlu menggunakan stesen bas yang daif?

Memang tidak dinafikan pembangunan ada dilaksanakan, Stesen Bas Ekspres di Jalan Kuala Ketil hampir siap dibina. Namun, bagaimana pula nasib orang ramai yang menggunakan bas dalam bandar? Kami terpaksa berhujan dan berpanas setiap hari tanpa tempat berteduh yang sempurna.

Dulu sebelum pemerintahan bertukar tangan dari Barisan Nasional (BN) kepada Pakatan Rakyat, projek pecah tanah pembinaan stesen bas sudah dijalankan. Malangnya, hampir tiga tahun PAS memerintah, projeknya masih tidak nampak tanda akan bermula.
Bagaimana kehidupan rakyat akan sejahtera jika kemudahan awam seperti ini tidak dilaksanakan? Mengapa selepas pemerintahan bertukar projek untuk keselesaan rakyat tidak dilaksanakan?

Sampai bila penduduk di Sungai Petani harus menunggu untuk menggunakan stesen bas serba moden seperti Melaka Sentral ataupun Terminal Shahab Perdana di Alor Setar?

Saya berharap pihak berkuasa terutama Majlis Perbandaran Sungai Petani dan Kerajaan Kedah akan membina stesen bas baru secepat mungkin. Sungguh sedih sebuah bandar yang pesat membangun tidak mempunyai stesen bas sempurna dan moden. Amat memalukan apabila pelancong melihat stesen bas yang sangat daif seperti negara baru saja merdeka.

Saya berharap pembinaan Stesen Bas Bandar Sungai Petani dapat dibina di tapak stesen bas ekspres sementara dekat Jalan Kuala Ketil kerana stesen bas ekspres yang baru hampir siap.

Tapak itu sangat strategik kerana bersebelahan stesen bas ekspres dan stesen kereta api KTMB. Ia saling berintegrasi untuk memudahkan pengguna menaiki bas bandar tanpa perlu berjalan jauh sekiranya mereka sampai ke Sungai Petani dengan bas ekspres atau kereta api.

BANDAR SP,
Sungai Petani, Kedah.

sumber : bhrian

No comments: