MEdayn-XfX
w3Lc0m3
Saturday, May 1, 2010
Empat tabiat buruk punca pendek umur
CHICAGO - Saintis mengenal pasti merokok, minum arak, kurang bersenam dan diet teruk sebagai empat tabiat buruk yang menyebabkan seseorang itu pendek umur dan cepat tua berbanding usia sebenar.
Kajian dilakukan membabitkan hampir 5,000 responden dewasa Britain.
Secara keseluruhan, 314 daripada semua responden memiliki semua tabiat buruk tersebut dengan 91 daripadanya meninggal dunia ketika kajian dilakukan.
Dalam kalangan 387 responden sihat yang tidak memiliki empat tabiat buruk itu, hanya 32 daripadanya atau 8 peratus yang meninggal dunia.
Tabiat-tabiat buruk itu ialah merokok, minum arak tiga kali sehari bagi lelaki dan lebih dua kali bagi perempuan, kurang bersenam dua jam seminggu dan kurang makan buah-buahan serta sayur-sayuran tiga kali sehari.
No comments:
Post a Comment
Newer Post
Older Post
Home
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment