w3Lc0m3


Blogger Graphics

Friday, May 28, 2010

Karnival belon panas dapat sambutan luar biasa

29 Mei - Pagi tadi bertempat di Taman Jubli Emas, Jalan Suka Menanti Alor Setar berlangsung peristiwa yang julung kali diadakan di Negeri Kedah ini, iaitu ‘The Royal Kedah International Hot Air Ballon Festival 2010’ yang di sempurnakan perasmiannya oleh Kebawah Duli yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah.

Karnival yang diadakan selama tiga hari sehingga 30 Mei ini mendapat tarikan ramai pengunjung yang merasa sendiri suasana belon yang terapung diudara dinaikkan dengan menggunakan gas yang dipanaskan.

Belon gergasi terbang tinggi di awan dan berlegar mengikut arah angin dan berterbangan tanpa kawalan dari bawah, cuma yang dikawal ialah pelepasan gas panas untuk menaikkan belon tersebut dan kawalan semasa hendak turun sahaja.

Oleh kerana inilah kali pertama ianya diadakan, maka tiket untuk menaiki belon panas ini habis dijual dengan cukup pantas. Hanya RM10 untuk sekali merasa berada di atas awangan. Namun belon yang dinaiki ini diikat agar supaya senang dikawal untuk naik dan turun.

Di samping belon panas ini, berbagai lagi pertunjukan menarik diadakan sempena karnival ini seperti go kart, pin ball dan gerai jualan serta berbagai lagi pertandingan dan pertunjukan belon dan kapal terbang kawalan jauh.

sumber : warta kedah

No comments: