w3Lc0m3


Blogger Graphics

Wednesday, June 2, 2010

yes!!!!kerajaan kedah nk bantu KFA..so majulah sukan utk kedah!!!hehe

KERAJAAN Kedah akan membantu Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) menjalankan perniagaan bagi membolehkan persatuan itu mempunyai pendapatan sendiri dan tidak bergantung kepada pihak lain untuk mendapatkan sumber kewangan.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Kesenian dan Warisan, Kebudayaan negeri, Dr Hamdan Mohamed Khalib berkata, langkah itu perlu kerana KFA tidak boleh mengharapkan penajaan dan kutipan tiket perlawanan yang tidak menentu.

"Ketika ini KFA menerima tajaan RM3 juta setahun daripada Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) tetapi persatuan memerlukan antara RM5 juta hingga RM6 juta untuk membiayai pasukan terutama pasukan Liga Malaysia, pasukan Piala Presiden dan akademi," katanya kepada pemberita di Alor Setar semalam.

"Kita mungkin bantu mereka dalam sektor perladangan. Mungkin KFA juga bolah mengadakan bas persiaran kerana pelancongan di Kedah ketika ini amat baik selain boleh menjimatkan kos perjalanan pasukan."

Sebelum itu, beliau meraikan pasukan bola sepak Majlis Sukan Sekolah Kedah (MSSK) yang muncul juara kejohanan Premier Cup Manchester United peringkat kebangsaan baru-baru ini.

Katanya, beliau juga tidak mahu KFA menanggung hutang kerana kegagalan membayar gaji pemain selain perbelanjaan yang lain apabila terlalu bergantung kepada penajaan dan kutipan tiket perlawanan.

Dalam perkembangan lain, Hamdan berhasrat mengemukakan cadangan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) agar yuran perpindahan pemain tidak hanya dihadkan kepada pemain berusia bawah 21 tahun.

"Kalau ikut peraturan sekarang yuran perpindahan hanya untuk pemain bawah umur 21 tahun. Kita akan minta kepada FAM supaya ia turut melibatkan pemain-pemain yang telah lama beraksi untuk sesebuah pasukan.

"Bagaimanapun, yuran itu kenalah munasabah mengikut keadaan di Malaysia. Jangan ikut harga di liga bola sepak Eropah. Kita kena praktikal dan ikut nilai Malaysia," katanya. - Bernama

No comments: