w3Lc0m3


Blogger Graphics

Wednesday, October 13, 2010

ApE Nk JadI La nGn NEgARA KiTA NI???

HULU SELANGOR: “Saya tergamam sebaik mendapat berita bapa saudara mati ditembak dalam rumahnya. Sungguh kejam penjenayah yang sanggup mengambil nyawanya selepas gagal menyamun mangsa,” kata Zainuddin Mohd Shuhaimi, 40, anak saudara kepada bekas tentera, Saad Johari Yamin, 73, yang mati ditembak di rumahnya, di Kampung Keliang, Kalumpang, dekat sini, malam kelmarin.

PILU...jenazah mangsa diusung penduduk Kampung Keliang untuk dikebumikan, semalam. Gambar kecil, Saad.

Menurut Zainuddin, dua anak mangsa iaitu Salmah, 48, dan Abd Aziz, 47, yang tinggal di Keramat dan Wangsa Maju, Kuala Lumpur dimaklumkan kejadian itu turut bergegas ke kampung mereka, jam 2 pagi semalam.

Katanya, lebih memilukan apabila mangsa rebah dengan keadaan bersujud di tempat kejadian itu. Isteri mangsa yang sukar menerima berita itu masih trauma dan pengsan beberapa kali ketika menatap jenazah suaminya sebelum dikebumikan semalam.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi, berkata suspek mengumpil pintu belakang rumah mangsa.

Katanya, seorang penjenayah menggunakan pistol menembak tepat bahagian dada kiri mangsa sebelum dia rebah dan mati di tempat kejadian.

“Penjenayah bagaimanapun, gagal melarikan harta benda dan wang setelah melepaskan satu das tembakan kepada mangsa,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Katanya, jenazah mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB), jam 12 tengah malam semalam untuk dibedah siasat.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Keliang, jam 2.30 petang semalam.

Pegawai Khas Ahli Parlimen Hulu Selangor, S Yogendran dan Pegawai Tugas-Tugas Khasnya, Anwar Ridhawi Abd Rahim yang melawat keluarga mangsa petang semalam turut menyampaikan sumbangan.


sumber : metro


ape la nk jd ngn ngra kita ni???org tua pn kna bnuh ngn kjam..

klu dpt tngkap pnjnyah 2, mau letak kt tgh pdg ke..

ps2 kta pkul rmai2 smpai mti...xbrhti prut lngsung...

awk 2 dh nk mncuri..ps2 xdpt,trus bnuh..apa kes????

hampeh btol.......

No comments: