ape lg polis..dh tngkap kn pnjyah 2..so ikat kt tgh pdg tpak psar mlm tman ria..kta pakat rmai2 g sepak org cmni..kta wt tmpat utk lpas gram..kn smpoi..sdap ni klu blasah org..aku dh lma gram kt pnjnayah cmni..
PADANG SERAI - Seorang
\lelaki cedera parah dengan lengan tangan kirinya terbelah akibat diserang dua lelaki bersenjata parang dan botol pecah dalam kejadian di sebuah restoran di Taman Ria, di sini, jam 11.15 malam semalam.
Saksi berkata, serangan itu berlaku ketika masih terdapat ramai pelanggan di restoran tersebut.
Orang ramai yang berada di situ terkejut apabila mangsa berusia 20an yang berlumuran darah meluru masuk ke dalam restoran sambil menjerit minta tolong.
Pada masa yang sama, sebuah motosikal ditemui hangus tidak jauh dari situ dan polis masih menyiasat sama ada kejadian itu ada kaitan dengan serangan ke atas lelaki berkenaan.
Saksi berkata, tetakan itu menyebabkan lengan kiri mangsa terbelah hingga menampakkan tulang manakala kulit kepalanya pula terkoyak teruk.
Mangsa dikejarkan ke Hospital Kulim dengan ambulan dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi. Bagaimanapun kira-kira jam dua pagi, lelaki itu dipindahkan ke hospital lain yang tidak dinyatakan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim, Deputi Superintendan Chin Su Song berkata, seorang daripada dua suspek penyerang telah ditahan tidak lama selepas kejadian.
“Kita siasat kes ini mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah dengan senjata dan Seksyen 455 kerana melakukan kianat dengan api,” katanya.
Su Song turut memuji tindakan pantas pegawai dan anggotanya yang berjaya menangkap seorang suspek tidak lama selepas kejadian.
No comments:
Post a Comment