w3Lc0m3


Blogger Graphics

Saturday, October 2, 2010

ComBinAtiOn ComPACt n DSLR caMEra


Oleh NAZRUL AZIM SHARUDDIN
nazrul.sharuddin@utusan.com.my

MENAWARKAN kombinasi saiz kompak dan fungsi seperti kamera DSLR, Samsung NX100 bakal memberi pengalaman fotografi yang cukup sempurna.

SEBELUM berlepas ke Hong Kong untuk menyertai liputan pelancaran global kamera Samsung model NX100 baru-baru ini, beberapa wakil media yang menyertai rombongan itu sempat bertanya kepada kakitangan Samsung tentang apakah keistimewaan yang ditampilkan oleh produk pengimejan terbaru itu.

Namun, pertanyaan kami tidak dapat dijawab kerana menurut mereka, segala maklumat mengenainya masih di peringkat embargo dan tidak boleh di maklumkan kepada umum.

Apa yang diberitahu cuma, model NX100 itu merupakan model kamera digital hibrid terbaru yang menggabungkan fungsi kompak dan juga lensa refleks tunggal digital (DSLR).

Kedengaran agak menarik. Terdetik di fikiran, mungkin model kamera digital itu bakal memberi dimensi baru dalam pelaksanaan aktiviti fotografi masa depan.

Sehingga pada hari pelancaran, penantian kami ternyata berbaloi kerana akhirnya kami dapat melihat dan mencuba sendiri kamera digital kompak unik tersebut.

Dilengkapi binaan tanpa cermin, ia merupakan kamera digital pertama yang disempurnakan dengan fungsi lensa i-function untuk kemudahan kawalan kamera secara terus menerusi butang khas.

Ini kerana, secara naturalnya, jurukamera akan menggunakan tangan kiri untuk memegang lensa di bahagian hadapan kamera, jadi kehadiran butang i-Funtion itu sangatlah bertepatan dengan keperluan mereka.

Berbeza daripada lensa konvensional, i-Function mempunyai kelebihan membenarkan pengguna mengaplikasi lensa secara optimum untuk mengawal pelbagai parameter berkaitan kualiti imej.

Ia termasuk kawalan kelajuan shutter, apertur, ISO, EV, WB dan konfigurasi kamera secara lebih pantas supaya jurufoto tidak akan ketinggalan merakamkan detik-detik manis sesebuah acara.

Produk inovatif tersebut juga dicipta menggunakan 100 peratus kepakaran Samsung termasuk dari segi reka bentuk dan juga kejuruteraan.

Masih mengekalkan konsep kamera pintar seperti model NX10 sebelum ini iaitu skrin paparan AMOLED tiga inci dan sensor saiz APS-C, fungsi NX100 dipertingkatkan dengan kuasa ISO maksimum sehingga 6,400 rakaman aksi.

Menurut Presiden Samsung Digital Imaging Division, Samsung Electronic Co. Ltd., Sang Jin Park, pihaknya meletakkan sasaran untuk mendominasi pasaran kamera kategori binaan tanpa cermin seperti mana yang telah berjaya dilakukan bagi kategori kamera digital kompak dua paparan LCD, DualView tahun lalu.

''Dengan segala kelebihan ini, Samsung yakin akan menguasai pasaran kamera digital kompak menjelang 2012,'' katanya pada pelancaran global kamera tersebut di Hong Kong baru-baru ini.

Melihat kepada reka bentuknya pula, ia dicipta dengan binaan lengkungan unik untuk kemudahan sokongan tangan di samping ringan dan ditawarkan dalam empat pilihan warna iaitu hitam, coklat, putih dan silver.

Memahami keperluan imiginatif jurufoto yang mahukan kepelbagaian hasil foto, NX100 turut menyokong fungsi pertukaran lensa.

Untuk tujuan itu, kamera berkenaan mempunyai kelebihan menetapkan konfigurasi lensa secara automatik setiap kali lensa ditukar.

Selain foto, NX100 juga boleh digunakan untuk merakam video berdefinisi tinggi (HD) sehingga 720p.

Penampilan keistimewaan lainnya, ia dilengkapi teknologi pengurangan habuk supersonik bagi menghilangkan zarah-zarah benda asing kecil pada lensa sekali gus memberi lebih kualiti kepada foto.

Model berkenaan didatangkan bersama beberapa aksesori dan juga lensa seperti lensa kompak pemfokusan 20-50 milimeter (mm) untuk kesan imej berkualiti tinggi dan lensa sudut Pancake luas 20 mm yang kecil dan ringan.

Samsung NX100 kini telah pun memasuki pasaran Malaysia. Maklumat lanjut mengenainya boleh diperolehi daripada laman web www.samsung.com.

sumber : utusan

4 comments:

noor haNISAh said...

baper la harger dier yer

Medayn-XfX system said...

nth le...
mayb prepare for 2k je kot..
cz kt US hrga around $600..
klu cnvert ke RM mayb rm1800-1900..
tp xtau la klu kna cukai ke ape ke...huhu

noor haNISAh said...

pergh. tambah sikit dapat dslr.

Medayn-XfX system said...

haha..tp mngkin in da future org xgna dh dslr cz org gla kn cmera style cmni plk..fhm2 la..tknologi...sntiasa brtukar...hehe